Ads 468x60px

Thursday, 2 January 2014

Tips Snorkeling For Beginner

Snorkeling

**Tips yang amat berguna apabila anda bercuti ke pulau.

Apabila bercuti ke pulau, rasanya tak lengkap jika anda tidak menikmati keindahan dasar laut. Ruginya pada sesiapa yang tidak melihat keunikan terumbu karang dan pelbagai hidupan laut yang berwarna warni. Ada banyak cara untuk anda menikmati keindahan dasar laut. Antaranya 'Scuba Diving', FreeDiving ataupun Snorkeling.

Semua orang tahu tak apa itu Snorkeling? 

Snorkeling adalah aktiviti berenang dengan menggunakan bantuan alat pernafasan iaitu 'Snorkel' dan 'Mask' untuk melindungi mata dan hidung daripada air. Mask ini juga berfungsi seperti kanta pembesar yang mana apabila anda memakainya ketika berenang, ikan-ikan serta terumbu karang akan lebih kelihatan besar sedikit dari saiz yang sebenar. Jadi anda dapat melihatnya dengan jelas.

Macam mana rupa Snorkel dan Mask tu?
Ha, mari  kita tengok gambar di bawah ini.

Mask

Snorkel


Peralatan untuk snorkeling sangat simple dan mudah dikendalikan. Tidak perlu mengambil kursus dan sebagainya. Mudah kan? Tapi, ada beberapa perkara yang perlu anda utamakan sewaktu melakukan aktiviti snorkeling ini. Berikut adalah tips snorkeling bagi orang yang PERTAMA kali ingin melakukan aktiviti ini. Bagi yang dah biasa snorkeling, boleh juga jadikan tips ini sebagai rujukan untuk anda membimbing/mengajar rakan/saudara mara yang baru pertama kali snorkeling.


Tips1 :Periksa terlebih dahulu peralatan yang anda gunakan

Periksa/'check' mask, snorkel dan juga fin yang dibekalkan pada anda. Gunalah mask yang bersesuaian dengan muka anda agar air tidak masuk ke dalam mask sewaktu snorkeling. Periksa juga snorkel yang akan digunakan sama ada bocor atau tidak. Gunakan 'Life Jacket' jika anda tidak yakin untuk berenang. Ikat tali life jacket anda. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat dengan badan anda.

Tips2:Guna mask dengan cara yang betul
Sewaktu memakai mask, pastikan tiada seurat rambut pun yang terselit pada mask anda. Jika tidak, pasti air akan masuk ke dalam mask anda. pasang tali mask dengan betul dan pastikan ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat pada muka anda.

Tips3:Biasakan bernafas melalui snorkel
Sebelum masuk ke dalam air, seeloknya anda berlatih membiasakan diri bernafas dengan mulut melalui snorkel.Tarik dan hembuskan udara perlahan-lahan dan teratur melalui mulut. Bagi yang pertama kali menggunakannya pasti berasa kekok. Tapi bila dah lama-lama...anda OK juga. Jangan risau.

Tips4:Relax dan bertenang
Jangan takut dengan kedalaman air. Anda kan ada life jacket. Pasti anda tidak akan tenggelam. Berenanglah dengan selesa di tengah lautan sambil menikmati keindahan hidupan laut.

Tips 5:Jangan snorkeling seorang diri.
Ini pesanan yang paling utama untuk anda jika anda snorkeling di tengah lautan. Jangan snorkeling seorang diri. Nanti ada jerung yang menyerang anda. Hahahha...jangan takutlah. Kebiasaannya tempat yang dibawa untuk anda snorkeling bebas dari JERUNG. Cik Penyu ja yang banyak menemani anda. Itu pun jika anda bernasib baiklah. Seelok-eloknya anda bersnorkeling secara kumpulan atau berdua-duaan. Apa yang pasti anda MESTI ada teman ketika snorkeling.

Tips 6:Jangan sentuh/pijak hidupan laut.
Demi kesejahteraan hidupan laut dan demi keselamatan anda, diharap anda jangan sesekali menyentuh hidupan laut terutama terumbu karang. Walau cantik mana sekalipun, anda hanya boleh TENGOK sahaja. Tak boleh sentuh atau pijak ya. Ada sesetengah terumbu karang yang beracun. kalau jadi apa2 pada anda, siapa yang susah. anda juga kan yang perlu menanggung sakitnya.

Tips7:Mask & snorkel Clearing
Kadang-kadang semasa snorkeling, ada air yang termasuk ke dalam snorkel atau mask. Bertenang dan jangan panik. Jika air masuk ke dalam mask, anda tidak perlu melepaskan mask tersebut. Apa yang anda perlu buat hanyalah tarik nafas panjang melalui mulut lalu hembuskan kuat-kuat melalui hidung sehingga udara bercampur air yang ada dalam mask itu keluar. Jika anda tidak pasti teknik ini, anda boleh minta bantuan 'life guard' untuk ajarkan pada anda.

Ok, itu sahaja tips2 untuk anda yang ingin melalukan aktiviti snorkeling. Jika anda tidak faham, jangan bimbang. Anda pasti faham juga nanti bila anda berada dilaut.


Selamat bersnorkeling.


-with love -

post signature

1 comments:

  1. I really like your take on the issue. I now have a clear idea on what this matter is all about.. best snorkeling destination

    ReplyDelete