Dimanakah terletaknya
Pulau Mabul ini? Masih banyak rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kedudukana
lokasi sebenar pulau yang cantik ini. Pulau Mabul terletak di timur Sabah dan
popular dengan aktiviti menyelam terutama di kalangan pelancong asing.
Peta Sabah |
Mabul adalah sebuah
pulau kecil yang berbentuk bujur yang dipenuhi dengan pohon-pohon palm yang
tinggi, pasir putih yang lembut dan dikelilingi oleh air biru yang kehijauan
dari Laut Sulawesi. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul yang
mengambil masa sekitar setengah jam sahaja.
Mabul dikatakan salah
satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Para pencinta fotografi dasar
laut dapat menemui hidupan laut yangg menakjubkan terutama hidupan makro yang
jarang ditemui seperti Sotong Flamboyant, ‘SeaHorse’, ikan spike-fin Gobies, ‘FrogFish’
dan ‘Moray Eel’ . Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi
tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2
hingga 40 meter.
Terdapat lebih dari
lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu tapak selaman
mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari
Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah
satu etnik pribumi Negeri Sabah.
Aktiviti ‘snorkeling’ juga menjadi perhatian pengunjung sekiranya tidak mahu berenang di dasar lautan.
Terkenal dengan pantai yang putih bersih, persekitaran pulau dikelilingi pokok
kelapa rendang membolehkan pelancong asing beristirehat di bawahnya sambil
menjamu mata.
Bagaimana Hendak Ke Pulau Mabul ?
Di Semporna tidak terdapat lapangan terbang. Oleh itu,
pengunjung perlu menempah tiket ke Tawau dan mengambil teksi dari Tawau ke
Semporna. Pengunjung akan menaiki bot di Jeti Semporna untuk menuju ke Pulau
Mabul. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 45minit-1jam ke Pulau
Mabul.
0 comments:
Post a Comment