Ads 468x60px

Sunday 29 December 2013

Bajet Holiday Bersama Cuti Cuti Mabul

Hi everybody...


Mungkin masih ramai lagi yang tertanya-tanya, apa itu Cuti Cuti Mabul? Mabul kat mana? Tak pernah dengar pun sebelum ni. Dan mungkin juga dah ramai yang tahu dimana Mabul dan mungkin ada yang pernah berkunjung ke pulau yang cantik ini.



Bagi anda yang tidak tahu dimana Pulau Mabul, boleh rujuk pada post PULAU MABUL sebelum ini.



Apa yang menariknya pulau mabul ini?

Pulau Mabul adalah salah satu pulau yang tercantik di Sabah @ Malaysia dan menjadi pulau kegemaran untuk dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia terutama penyelam-penyelam yang cintakan kehidupan laut.



Pulau Mabul ini dihuni hampir 3000 orang penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum terutamanya kaum Bajau, Suluk dan Bajau Laut. Kebanyakan rumah-rumah di pulau ini didirikan di atas air laut.



Pulau ini menjadi salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Sabah. Jadi, tidak hairanlah jika anda berkunjung ke Mabul , anda akan mendapati terdapat banyak resort dan homestay di sekeliling pulau.


Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, boleh lah menginap di resort-resort 5 star yang kosnya dalam lingkungan rm500-rm1000 satu malam. Bagi yang kekurangan bajet, boleh lah menginap di homestay. 


Pemandangan Black Pearl ketika air surut


Homestay-homestay di Mabul berkonsepkan rumah orang bajau iaitu rumah atas air. So, dapatlah anda semua berpeluang merasai macam mana tinggal di rumah atas air dan meniti jambatan yang tinggi untuk ke darat. Menarik kan? Ya, satu pengalaman baru bagi pengunjung-pengunjung Mabul terutamanya dari Semenanjung Malaysia atau luar negara.


Untuk pakej bajet holiday bersama Cuti Cuti Mabul, anda akan menginap di homestay SIPADAN MABUL LODGE atau lebih dikenali sebagai BLACK PEARLSesuai dengan konsep bajet, Black Pearl menyediakan beberapa jenis penginapan iaitu bilik kipas, bilik aircond dan bilik aircond beserta tandas.



- with love-

post signature

Thursday 26 December 2013

Sejarah Semporna


Sejarah Awal Semporna.


'Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang.


Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada 1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat 'British North Borneo Chartered Company' yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara "untuk selamanya dan berkekalan" kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka.


Kuasa lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.


Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.


Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan 'Palauh'. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.


- with love -
post signature

Pulau Mabul



Dimanakah terletaknya Pulau Mabul ini? Masih banyak rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kedudukana lokasi sebenar pulau yang cantik ini. Pulau Mabul terletak di timur Sabah dan popular dengan aktiviti menyelam terutama di kalangan pelancong asing.

Peta Sabah


Mabul adalah sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur yang dipenuhi dengan pohon-pohon palm yang tinggi, pasir putih yang lembut dan dikelilingi oleh air biru yang kehijauan dari Laut Sulawesi. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul yang mengambil masa sekitar setengah jam sahaja.

Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Para pencinta fotografi dasar laut dapat menemui hidupan laut yangg menakjubkan terutama hidupan makro yang jarang ditemui seperti Sotong Flamboyant, ‘SeaHorse’, ikan spike-fin Gobies, ‘FrogFish’ dan ‘Moray Eel’ . Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter.

Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu tapak selaman mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.



Aktiviti ‘snorkeling’ juga menjadi perhatian pengunjung sekiranya tidak mahu berenang di dasar lautan. Terkenal dengan pantai yang putih bersih, persekitaran pulau dikelilingi pokok kelapa rendang membolehkan pelancong asing beristirehat di bawahnya sambil menjamu mata.



Bagaimana Hendak Ke Pulau Mabul ?

Di Semporna tidak terdapat lapangan terbang. Oleh itu, pengunjung perlu menempah tiket ke Tawau dan mengambil teksi dari Tawau ke Semporna. Pengunjung akan menaiki bot di Jeti Semporna untuk menuju ke Pulau Mabul. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 45minit-1jam ke Pulau Mabul.

Monday 23 December 2013

New Blog For Cuti Cuti Mabul

Hi Everybody,

This is a new blog about Cuti Cuti Mabul. It is a very fantastic vacation for you all. Hope u will enjoy with every entry in this blog.